bersama memurnikan kehidupan
KEHIDUPAN adalah kepastian. KEMATIAN adalah kemestian. Justeru, bersama membina dan membentuk pengisian kehidupan. KEBENARAN memurnikan kehidupan. Kehidupan tanpa kebenaran adalah KEHANCURAN. KEBAHAGIAAN adalah impian dan harapan setiap INSAN dimana jua. AKHIRAT adalah ukuran haqiqi KEHIDUPAN.
Monday, 11 July 2011
Murnikan Otak Kita
Kali pertama saya mengunjungi blog http://azmykelanajaya.blogspot.com/ . Salam ...kepada saudara Azmy. Nanti saya akan ke FB beliau iaitu Azmy Awang Kelana Jaya.
Yang menariknya saya mempunyai persamaan dengan saudara Azmy. Apakah dia persamaan itu ? Rasanya tak penting untuk dicatat disini.
Walaupun ada persamaan, namun ada juga perbezaannya. Biasalah !. Dalam blognya saya menurunkan reaksi saya pada pandangan saudara Azmy . Untuk memahami pandangan saudara Azmy cukup mudah bila melihat tajuk pada blognya pada 11 July 2011 hari Isnin yang tertera, "CINA TAK PERNAH BERSYUKOR HIDUP DTANAH MELAYU !!! tuiHH !!.
Komen saya yang saya catat disini untuk supaya menjadi rekod blog saya iaitu:
Lebih baik Cina menzahirkan pendiriannya dari memendam rasa yang bahayanya mungkin akan mewujudkan kerja rahsia.
Selama mana kita boleh menyekat orang yang berilmu menyembunyikan pendiriannya.
Yang terbaiknya Melayu yang kedepan membaiki negaranya melalui demokrasi yang ada.
Kenapa nak nak disekat kearah kebaikan bersama ?.
Pelik Melayu UMNO menggunakan otaknya.
Untuk membendung kebangkitan yang lebih besar yang terbaiknya UBN menilai dan buat perubahan.
Layan apa yang dituntut walaupun tak semua.
Jangan kutuk rakyat ( PAS, PKR, DAP ) .....jangan angkuh.
Orang lain pun belajar.... cerdik juga.
Combine cerdik rakyat dan pemerintah apa salahnya ?
Itulah reaksi saya di blog saudara Azmy Awang Kelana Jaya.

Sunday, 10 July 2011
Saturday, 9 July 2011
Friday, 8 July 2011
Hati Kena Bersih......Bersihkan Hati !
BERSIH... Nampaknya semua hati "bersih". Dari DYMM. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung, institusi yang paling atas dalam struktur kehidupan bernegara di Malaysia hingga kebawah, rakyat jelata yang dipimpin oleh pimpinan organisasi masing-masing telah menunjukkan hati "bersih" mahu memurnikan negara.
PAS, Pemuda UMNO, PKR dan Perkasa telah menunjukkan matlamat masing-masing. Yang paling radikal dalam mengutarakan matlamat masing-masing ialah Perkasa. Yang mula-mula 'buat kacau' ialah Presiden Perkasa. Kemudian diikuti dengan Pemuda UMNO yang nak tunjuk 'hero'.
Sebenarnya, UMNO amat takut dengan perhimpunan BERSIH. Perkasa pun demikian. Lalu BERSIH wajib dihalang kemaraannya. Perhimpinan 9 Julai mesti digagalkan. Jika rakyat seramai 2.0 juta dapat berhimpun maka persepsi dan fikrah rakyat Malaysia akan berubah.
Macam-macam provokasi, tekanan dan ugutan yang dilakukan terhadap BERSIH. Tahniah kepada para pemimpin BERSIH yang tegas dalam menjalani liku-liku perjuangan BERSIH.
Apa akan jadi kerana 9 Julai telah ditetapkan berbagai syarat oleh pihak PDRM. Untuk berhimpun di kota raya telah 'digagalkan' dan tercapai matlamat UBN. Alternatif untuk perhimpunan dibuat di Stadium Merdeka juga telah dihalang. Sejarah 'kemuliaan' Stadium Merdeka digembar-gembur. Dikaitkan dengan sejarah pembinaan sebelum merdeka untuk menggambarkan kemuliaan tersebut.
Kini akan dikotori oleh BERSIH yang kerjanya mengancam keselamatan negara konon. Para pemimpin BERSIH, PAS, PKR, Pemuda UMNO dan Perkasa tak dibenarkan pula masuk Kuala Lumpur.
Pelik Malaysia... Pelik pemimpinnya... Pelik !!!. Kena BERSIHkan dalam PRU 13 nanti. Kalau diserahkan mandat kepada pemimpin Malaysia yang ada maka Malaysia tetap akan KOTOR !

Wednesday, 6 July 2011
Murnikan Hubungan
Rakyat yang merasa tertekan dengan ketidakadilan UBN tentu akan marah dengan tindakan terkini parti pemerintah yang 'bermain' dengan rakyat. Rakyat yang mahu berhimpun telah mengisytiharkan bahawa perhimpunan itu akan diolah secara aman. Dinamakan perhimpunan itu perhimpunan aman BERSIH 2.0 yang bererti bahawa perhimpunan itu akan diadakan secara aman dengan diharapkan penyertaannya seramai 2.0 juta dari sebahagian kecil rakyat Malaysia.
Apa yang penting yang hendak disampaikan oleh pihak BERSIH ialah untuk mempersembahkan memorendum kepada DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agung. Kandungan memorendum itulah yang menjadi bahan perkiraan tertinggi pihak pemerintah UBN.
Kandungan memorundum itulah yang menjadi talian hayat UBN. Talian hayat itu telah diterima pakai selama 54 tahun. Selama 54 tahun memerintah dari Tanah Melayu hingga ke Malaysia dengan talian itulah. Dengan talian hayat itulah UBN menipu rakyat.

Saturday, 11 June 2011
SPBYDP Agung dan Ayah Cik Menang.... Daulat Tuanku .....Tahniah
Tahniah kepada pasukan Terengganu yang menang, menjuarai perlawanan akhir Piala FA mengalahkan Kelantan di Stadium Bukit Jalil, 2 - 1.
Pasukan Terengganu menjulang Piala FA yang disampaikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung, Tuanku Sultan Mizan. Harapan, menang bola membawa alamat kepada kemenangan PAS diTerengganu dalam PRU 13 nanti, insyaAllah.
Kita bersangka baik kepada Allah SWT kerana telah menentukan takhdir demikian. Kepada pasukan yang sentiasa menang jangan sentiasa pula merasa sedap hati dan angkuh selamanya dan yang kalah jangan lemah semangat kerana tidak semestinya kalah selamanya. Semuanya tertakluk kepada usaha, doa dan takhdir.
Di Kelantan tahun 2004. PAS memerintah Kelantan dengan kelebihan DUN Kemuning. Hakikatnya di DUN Kemuning PAS menang dengan dua undi. Dua undi tentunya undi suami isteri, calun dan isterinya sendiri sebelum jadi YB. Begitulah hakikat perlawanan bahawa kalah menang bukan kerja hamba. Ia adalah kerja Yang Maha Kuasa.
Begitulah hakikat kehidupan kerana apa yang ada pada kita sebagai makhluk yang lemah ini. Keyakinan kepada Allah SWT Yang Maha Kuasa, Maha Menentukan telah menjadi aqidah murni kita selamanya.
Ahad, 10 Rejab 1432 H bersamaan 12 Jun 2011, AJK PAS Pusat bermesyuarat kali pertama selepas muktamar beberapa hari lalu. Keputusan penyusunan kabinet akan dibuat. Siapa yang akan diamanahkan jawatan Setiausaha Agung dan Timbalan Setiausaha Agung. Adakah masih Datuk Mustafa Ali dan Datuk Takiyuddin.
Siapa pula Bendahari Agung dan Ketua Penerangan PAS Pusat. Adakah Bendahari pada sesi yang lalu 2009 / 2011, Dr. Hatta Ramli yang mendapat undi kedua terbanyak [ 765 ] selepas Mazlan Aliman akan diamanahkan lagi untuk sesi 2011 / 2013 ini.
Adakah Mazlan Aliman dari Johor pula yang mendapat undi terbanyak [ 804 ] dalam AJK PAS Pusat akan diamanah sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat.
Saya merasakan Datuk Mustafa Ali masih diberi amanah jawatan Setiausaha Agung. Pengalaman beliau masih diperlukan. Ada hamba Allah mengatakan, terutama dari blogger Sayuti Omar[ http://www.msomelayu.blogspot.com/ ] yang amat sedap menyusun bahasa sinis dan tajam yang kadang-kadang terkeluar dari adab dan adat ketimuran bila beliau mengaitkan hubungan Tuan Guru Haji Hadi dengan Cikgu Pha. Kenapa sampai demikian ? WalLahu a'lam.
Saya masih ingat sentuhan berbisa dalam setiap pendirian dan ulasan Ustaz Idris Ahmad ketika beliau memegang Ketua Penerangan PAS Pusat. Banyak membantu kefahaman ahli-ahli PAS. Terasa berkembang fikrah yang berasaskan kebenaran kefahaman wahyu yang dikemukakan beliau. Beliau telah kalah dalam pertandingan Naib Presiden.
Mazlan Aliman layak diberi jawatan Ketua Penerangan jika dilihat dari keberkesanan kerja jihadnya dalam urusan kepenerokaan dan keFELDAan dan beliau mempunyai aset undi popular dikalangan AJK PAS Pusat. Peminatnya ramai diseluruh negara dalam PAS mungkin diambil kira juga.
Dato' Nik Mohd Amar pun layak sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat jika dilihat latarbelakang keilmuan beliau sebagai pensyarah. Penguasaan ilmu Islam seperti Ustaz Idris Ahmad penting untuk menjaga kesinambungan fikrah Islamiah. Dengan jawatan kanan dalam pemerintahan Kerajaan PAS Kelantan sebagai Exco, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan boleh memberi kesan yang baik kepada sasaran dakwah dan penerangan PAS.
Bagi jawatan Bendahari Agung saya melihat al-Fadhil Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak layak bagi mengambil manfaat kelebihan nama Mentei Besar Kedah dan untuk kesinambungan pemerintahan PAS di Kedah. Undi AJK yang beliau dapat ditangga kelima dengan 721 dikira menggalakkan.
Esok hari penentuan kepada masa depan Ustaz Tuan Ibrahim, Ustaz Nasharuddin, Ustaz Idris Ahmad , YB. Datuk Nizar. Saya meyakini mereka dilantik sebagai AJK PAS Pusat.
Khusus kepada YB. Ustaz Nasharuddin beliau patut diberi peranan sebagai AJK PAS Pusat yang menjaga hal ehwal hubungan antarabangsa. Pengalamannya diperingkat antarabangsa semasa beberapa tahun memegang jawatan Timbalan Presiden PAS jangan disia-siakan oleh PAS.
Setiap anggota PAS, dari peringkat bawahan hingga atasan perlu menerima dan memandang serius apa yang diucapkan oleh Dato' Seri Presiden PAS ketika ucapan penangguhan bahawa, "...ini bukan Endrogan, ini Nik Aziz Hadi Awang". Nampaknya walaupun kata-kata Dato' Presiden PAS itu disambut sambil ketawa oleh perwakilan dan pendengar kerana seolah-olah beliau berseloroh tetapi ucapan itu dalam dan tajam mendasari makna dan tujuannya.
Bersatulah memurnikan PAS dengan kerja-kerja Islam sebagai bekal untuk hari kemudian. Yang telah memegang jawatan, laksanakan kerja jihad ini semaksima mungkin. Hayatilah sifat qanaah dengan jawatan yang ada. Usah memburu jawatan. Terimalah dan taatlah kepada keputusan jamaah dengan hati tulus dan murni. InsyaAllah.
Ujian pangkat dan jawatan amat ketara sekarang ini kerana semangat dan keyakinan untuk menguasai Putrajaya. Pangkat dan jawatan tetap menjadi milik anda kerana anda adalah barisan pimpinan. Tetapi ingat, keduniaan dan ketakabbur amat halus terselit dicelah-celah jawatan dan pangkat itu. Gelojoh sehingga mengenepikan saudara. Tamak sehingga memandang rendah kepada saudara cukup mengancam diri anda.
Ingat selalu firman Surah Al-Alaq ayat 5 dan 6 yang bermaksud, "Ingatlah ! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya)" [5] * "Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup kaya apa yang dihajatinya" [6] *Memang tabi'at kebanyakan manusia apabila ia mendapat kemewahan akan berlaku sombong dan tidak bersyukur [*:petikan...pimpinan ar-Rahman]
Ingatlah ! anda berada ditahap sekarang adalah kerana sokongan rakyat....sokongan dan kepercayaan ahli kepada Islam lalu tumpah tuah kepada anda. Mulia dan hebat anda sebagai pemimpin adalah kerana Islam. Al-Hamdulillah.
Jangan kesempatan dan peluang menguasai anda dan menyebabkan musuh, nasfu dan dunia menguasai anda. Jika anda dikuasai musuh, nafsu dan dunia maka andalah yang paling rugi. Rakyat sedang memerhati dengan pandangan yang tajam. Jangan kecewakan mereka !

Kelihatan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung,
Tuanku Mizan dan disebelah kanan baginda ialah Sultan Muhammad Kelima.
Sebelah kiri baginda ialah Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
yang menjadi penonton pemberi semangat kepada rakyat-rakyat baginda semua.

Kemurnian dalam PAS akan memurnikan Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia. ..... Islam akan mengambil tempatnya. Bersama Memurnikan Kehidupan dengan kebenaran. InsyaAllah.
Subscribe to:
Comments (Atom)